PUSAT SUMBER


VISI

Menjadikan PSS  SK Dr Sulaiman Cemerlang dan Terbilang Di Daerah Tampin, menjelang 2020

MISI

Pusat Sumber SK Dr Sulaiman sebagai Pusat Sumber Cemerlang yang boleh membekalkan dan menyalurkan maklumat,rujukan dan penyelidikan dalam bentuk pelbagai media untuk dinikmati oleh semua warga sekolah khususnya.

MATLAMAT

Mewujudkan warga SK Dr Sulaiman berbudaya membaca, mencintai ilmu dan menghargai maklumat.

OBJEKTIF

Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai maklumat P&P. Menyediakan pelbagai kemudahan agar guru dapat mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Menambah kemudahan fizikal perpustakaan. Meningkatkan kesedaran pelajar,guru dan staf sokongan tentang khidmat dan kemudahan PSS. Menanam minat membaca dan mencari ilmu yang berterusan ke arah pembelajaran sepanjang hayat.

RASIONAL

Mewujudkan dan meningkatkan PSS yang berkualiti seiring dengan kecanggihan ICT di peringkat global. Berkeyakinan bahawa program yang dirancang dengan teliti dan sesuai dapat meningkatkan mutu pendidikan dan penggunaan PSS lebih efektif. Berkeyakinan bahawa strategi yang dirancang ini akan dapat melahirkan pelajar dan guru-guru yang 'versatile' untuk menghadapi cabaran dan menangani perubahan di abad 21 ini. Berkeyakinan pelajar berubah sikap pelajar ke arah berbudaya membaca.

PIAGAM

Menyediakan dan menguruskan sumber pengajaran dan pembelajaran bagi keperluan kurikulum dan kokurikulum. Menyediakan tempat yang selesa dan suasana pembelajaran yang paling baik. Menambahkan koleksi bahan-bahan rujukan yang bermutu dan terkini dari semasa ke semasa. Bersedia dan sentiasa memberi khidmat yang terbaik .

SEJARAH PSS

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan  Dr Sulaiman merupakan nadi kepada perkembangan dan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran sekolah. PSS SKDS mula beroperasi pada tahun 2001 apabila sekolah ini ditubuhkan. Walaupun SKDS pada awalnya dikenali dengan nama SK Tampin 2 pada awal penubuhannya, tetapi kegiatan PSS seperti Program NILAM telah dijalankan tanpa kemudahan fizikal PSS. PSS SKDS beroperasi senuhnya pada tahun 2002 . Pihak pentadbir telah memberi perhatian kepada unit-unit seperti  Perpustakaan, Bilik SAL dan Bilik Tayangan. Pada tahun 2001  unit Pusat Sumber  bertambah lagi dengan. Penubuhan unit-unit ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi Pusat Sumber sekolah dan seterusnya membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan beberapa unit  Pusat Sumber yang agak berdekatan  lokasinya dengan PSS Induk  telah menggalakkan penggunaannya di kalangan warga SKDS melalui beberapa aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh pusat sumber. Tampuk pengurusan PSS bermula telah diambil alih oleh Pn Noradilah ,setelah itu Pn Salliza dan seterusnya Pn Zarina , selepas itu di terajui oleh En Mohd Azhar dan sekarang Pusat Sumber diambil alih oleh  Cikgu  Zarah bt Ahmad pada awal Januari 2009 bagi menggantikan GPM sebelumnya yang mengundur diri atas masalah kesihatan.