Program Kem Membaca 1 Malaysia
(KM1M) dan Kempen READ: One Nation
Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia
yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Kedua-dua program ini merupakan perkongsian
pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.
Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca
dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program
ini ialah penerimaan Anugerah “The Most
Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di dalam
entri Malaysian Book Of Record (MBOR)
2010.
Sumbangan ini memberikan impak positif dalam pelaksanaan Dasar
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) di samping meningkatkan koleksi bahan
bacaan Pusat Sumber Sekolah. Bagi memastikan kejayaan kempen membaca ini,
Scholastic Malaysia telah menyumbang 50
buah buku bahasa Inggeris
terbitan Scholastic kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian. Nilai
sumbangan bahan bacaan yang diberikan bertambah dengan peningkatan bilangan
sekolah dan murid yang mengambil bahagian dalam program ini setiap tahun
seperti rajah dibawah.
BIL
|
TAHUN
|
BIL. SEKOLAH
|
BIL. MURID
|
1
|
2008
|
75
|
29,036
|
2
|
2009
|
260
|
160,144
|
3
|
2010
|
982
|
413,595
|
4
|
2011
|
1,525
|
641,641
|
5
|
2012
|
2000
|
|
Selain itu, Scholastic Malaysia turut memberikan sokongan padu dalam
menjayakan Program Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan iaitu pengiktirafan
tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras
dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Ini
jelas menunjukkan Scholastic Malaysia sama-sama berusaha merealisasikan
aspirasi misi KPM dalam ‘Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan
Berkualiti.’
Scholastic juga mewujudkan Scholastic Book Clubs yang merupakan saluran
terbaik untuk murid memperoleh dan memiliki bahan bacaan yang berkualiti dengan
kos yang rendah. Seleksi bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur dan
mempunyai nilai sejagat dapat dibaca, dihayati dan diadaptasikan oleh murid
dalam semua aspek kehidupan mereka. Di samping itu, bahan bacaan ini dapat
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid dan keupayaan mereka berdaya
saing di peringkat global.
Semoga kerjasama erat antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan
Scholastic Malaysia akan terus kukuh dan berterusan sejajar dengan visi
Malaysia sebagai negara berasaskan ekonomi pengetahuan (k-economy) dan maju
menjelang 2020.
HOW DO I PARTICIPATE?
PARTICIPATION GUIDELINES
Step 1: Register your Participation!
- Go to www.readtogether.com.my to register your school’s participation by 30 September 2012.
- P.O. Box addresses are NOT allowed. If your school does not have a mailing address, please use the address of your Pusat Kegiatan Guru or refer to your Jabatan Pendidikan Negeri.
- Scholastic will be sending a READ2012 School Kit which consists of bookmarks, posters, etc. to schools that register by the deadline or, after we have reached 2,000 schools. Whichever comes first.
- After 30 September 2012, schools can still register to participate in READ2012 and receive the 50 books, but they will not receive the School Kit.
Step 2: Publicize the event to your students!
- Distribute the materials in the School Kit to your students and hang up the posters around your school at least one week before 24 October 2012 to rally your students to read for the event.
- Remind the students to bring a storybook to read on the event day.
Step 3: Running the SHOW!
- On 24 October, teachers can organize a reading session in their classrooms for 2,012 seconds (33.5 minutes).
- School-going children of any age – from preschool to secondary school - can participate. Depending on your students’ reading ability, teachers can organize read-aloud or shared reading sessions or allow them to read materials of their choice independently.
Step 4: After the event!
- Send us ONE photograph of your students reading during the event.
- Maximum photo size is 1MB
- To upload, go to www.readtogether.com.my and click on the Upload Photo tab.
- Scholastic will send the 50 books to your school upon receipt of your photo after the event.